SiHijau

SiHijau
Green 4 Life

Sunday, May 23, 2010

Jejak Keempat : Qisah di Bumi Firaun

Cerita ini di ambil dalam sebuah laman sesawang berpengkalan di benua Eropah. Alkisah...

Assalamualaikum..di sini aku nak kongsi pengalaman..kisah ni terjadi masa aku dalam tahun 4 universiti al-azhar.aku ambil jurusan usuluddin dan nak buat master..aku dah habislah.sekarang kerjala ngan syarikat travel&tours,bawa orang gi hajj&umrah..so,aku ni banyak pengalaman kat negeri firaun nih..salah satunya ialah:

hari tu aku keluar la gi hirup udara dingin kat pasar depan al-azhar.aku bercadang nak ulangkaji mende yg aku belajar kat kuliah tadi..entah apelah pensyarah die ngajar.so,aku pun pergila kat masjid saidina hussin depan al-azhar..ha,kalau korang datang kat mesir ni,jangan lupa gi masjid ni..korang jumpe la ramai student malaysia yg studi dlm ni,tidur ade,lawat makam said.hussin la,dan ponteng kuliah.aku pun masuk la.masa aku baru nak sandar tulang belakang aku nih..adelah sorang hamba allah..ni..mintak sedekah..mula2 dia tanya aku dari mana..pastu tiba2 diecerita pasal anak die yg agak sebaya ngan aku..dah mati,sebab demam..cerita22 tiba2 die mintak sedekah..sakit betullah..orang tua nih..dia cakap sedekah sebab dia cerita pasal keluarga dia..arab,arab!!aku pun hulur la 2 bound kat die..dia kate shukran,shukran..aku pun blahla..buang mase je dari tadi..tiba2 dia panggil aku suruh ikut die gi satu tempat..aku mula2 berat jugak nak ikut..tapi bile dia desak....sakitlah.."yallah,yallah"dia kata.aku pun ikut.dalam 20 minit aku gi tempat yg agak jauh sikit dari pasar kaherah ni.sampai satu tempat..yg senyap sikit,dia pun kate kat aku suruh tunggu sini..kawasan tu takde orang lalu..tapi aku masih boleh dengar orang sedang berbisik2 cakap macam nak pergi kacau sesuatu..mengikut makna percakapannya..dalam15 minit kemudian aku pun rasa lain macam je..jangan2 aku kena tinggal sorang2 kot.dah lah tempat ni takde orang..gelap bole tahan jugak..aku pun check kawasan tu.aku dengar macam ade orang cakap2 sambil ketawa sikit..aku gi cari tapi takde orang..aku pun mula minta tolong kepada sesiapa sahaja yg dengar..tapi takde orang..aku pun mula pegi cari jalan keluar dari tempat yang menyeramkan tu..sampai satu rumah tu aku pun ketuk pintu rumah tu..tapi takde orang..yang aku dapat adalah sekujur tubuh yang tidak bergerak.sah dah mati..aku anggarkan sudah seminggu dia meninggal..tak tahu apesal puncanya..aku lari sekuat2 hatiku...tetapi sia2 sahaja..jalan yang aku lalu nak ke tempat ni mula2 tadi tak jumpa..aku lari beberapa kali,tapi tempat tu jugak aku sampai..akhirnya aku pun tertidur di luar rumah tu..dalam tidurku aku mimpi yang orang tua tadi datang balik dalam keadaan berjubah putih..die bawa aku ke suatu tempat yang bukan kat mesir ni.. tempat ganjil..kami sampai tepi laut..die ajak aku masuk dalam laut..aku ikut je tanpa mulut aku tak cakap sedikit pun..aku jalan dalam laut tu sampai paras pinggang..aku lihat orang tua tadi senyum kat aku.aku mula bimbang tapi tak boleh cakap..mulut aku macam kena kunci...akhirnye aku pun tenggelam dalm laut tu..aku rasa nak lemas tapi biasa je...aku dapat lihat orang tua tadi berenang macam ikan..tiba2 die macam menjerit dan tiba2 badannya terbakar dalam laut tu..aku kurang percaya..dan cuba melarikan diri dari orang tua ni....aku dah agak,mesti aku dipermainkan oleh syaitan yang kena rejam..tiba2 semasa aku hendak ke permukaan air..kepala aku diketuk oleh sesuatu benda keras..rupa2nye rakanku,sabri mengejutkan aku...dia dalam keadaan cemas menanyakanku..aku dapat lihat 3 orang polis mesir dari belakang..dalam keadaan50:50 sedar aku diberitahu sabri yang aku telah dihasut oleh syaitan yg membawaku ke tempat mayat seorang tua yang telah meninggal akibat dibunuh oleh jin peliharaannya..aku terperanjat..dan segera beristighfar mengenangkan nasibku yg diperdaya syaitan..sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha untuk memperdaya manusia daripada mengingati Allah..berbagai caranya..dalam kes ini,aku telah dibawa pergi ke suatu tempat dan telah ditinggalkan tanpa makan dan minum selama 4 hari..tanpa sedikit pun aku mengingati Allah..sembahyang tak terlintas langsung dalam hati aku untuk dikerjakan..kalaulah teringat perkara ini,sudah pasti aku selamat dari mainan syaitan...Astaghfirullah..selepas itu aku dibawa pulang dalam keadaan tak bermaya..dalam mimpi tak sedikit pun rasa lapar.sabri mengatakan bahawa dia ternampak aku ke masjid hussin.tetapi dia melihat aku bercakap seorang diri dan kemudian berjalan seperti mengikut orang walhal seorang diri sahaja...saya amat terkejut...selepas itu aku demam seminggu akibat tekanan yang dihadapi..mungkin ade hikmah di sebalik kejadian ini..dan yg plg utamanya ialah sifat sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan samada waktu senang atau susah......terima kasih sabri......

sekian,wassalam.

-hamba Allah yg tabah hadapi ujian Allah

beginilah kisahnya.anda ada cerita yang serupa ataupun seakan-akan sama dengan kisah ini?

No comments:

Post a Comment