SiHijau

SiHijau
Green 4 Life

Saturday, January 2, 2010

Jejak Ketiga : Tahun 2010

Tanggal 15 Muharram 1431 Hijrah, dunia telah memasuki era baru masihi, 2010. Pelbagai perancangan telah ditetapkan bagi mengharungi badai 2010. Tahun 2009 pula pergi meninggalkan pelbagai rentetan kejayaan dan juga saat-saat ceria. Tidak kurang juga kegagalan serta detik-detik cemas turut menghiasi jendela 2009 seperti tahun-tahun sebelumnya. Mampukah tahun 2010 mengulangi kejayaan dan mengambil iktibar dari kegagalan tahun-tahun sebelumnya? Semoga Tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun semalam. Salam 1431 hijrah, salam 2010 masihi.