SiHijau

SiHijau
Green 4 Life

Wednesday, December 30, 2009

Jejak Kedua : Hijaukan DuniaMu

"Panasnya hari ni.." kata-kata yang biasa didengari sekitar jam 11.00 tengah hari sehingga jam 3.00 petang. Fenomena pemanasan global kesan daripada lapisan ozon yang semakin nipis menjadi faktor utama dialog tersebut dilafazkan. Semua gara-gara sifat tamak dan angkuh warga bumi yang rakus mengaut keuntungan dan mengejar kekayaan duniawi. Pelbagai kempen dilakukan bagi memberi kesedaran kepada penduduk bumi agar lebih peka terhadap peri pentingnya menjaga khazanah warisan alam agar keseimbangan diantara hidupan dan alam masih dalam keadaan terkawal. Penulis menyeru agar kita lebih bersifat cintakan alam sekitar dan menjaga tinggalan flora dan fauna yang menghiasi bumi ini. Hijaukan DuniaMu.

Tuesday, December 29, 2009

Jejak Pertama : Muqaddimah

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga menghasilkan sebuah ruangan maya untuk dikongsi bersama. Bermula dengan menghadiri bengkel blog di Wangsa Maju pada 23 Disember 2009, tanggal 30 Disember 2009 lahir sebuah lagi ruangan perkongsian diberi nama
"Jejak SiHijau".
Buat tatapan Kak Seriwani dan Kak Rose Maria, terimalah kemunculan blog ini dengan hati terbuka. Semoga ruangan maya ini dapat dijadikan medium bagi berkongsi pengalaman dan pendapat untuk pelbagai isu dan cerita.